TAHNIAH UPM JUARA KESELURUHAN SUKUM 2022! | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH UPM JUARA KESELURUHAN SUKUM 2022!

TAHNIAH UPM JUARA KESELURUHAN SUKUM 2022!

Tuan Rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Keseluruhan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Kali ke - 44 tahun 2022!. Kejuaraan itu diraih selepas UPM berjaya memungut 18 emas, 18 perak dan 15 gangsa.
 
Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata beliau berbangga dengan pencapaian staf atlet UPM yang berjaya melayakkan UPM menjadi juara keseluruhan SUKUM 2022.
 
“Ini kali pertamanya UPM berjaya menjadi juara dan saya berterima kasih kepada seluruh warga UPM terutamanya staf atlet UPM dan sukarelawan yang membantu dalam menjayakan penganjuran SUKUM di sini,” katanya.
 
Tambah beliau, penganjuran SUKUM adalah sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan kekeluargaan sesama institusi pengajian tinggi dalam negara melalui sukan serta mengangkat budaya sukan di institusi masing-masing.
 
“Saya percaya melalui acara sukan seperti SUKUM dapat meningkatkan lagi daya tahan mental dan fizikal sumber manusia selain berupaya meningkatkan indeks kesejahteraan dalam kalangan staf,” katanya.
 
Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Universiti Malaysia Perlis dengan 17 emas, 15 perak dan 16 gangsa.
 
SUKUM yang berlangsung selama lapan hari ini mempertandingkan sebanyak 18 acara sukan dan menawarkan sebanyak 136 pingat emas, 136 pingat perak dan 196 pingat gangsa. Selain itu, seramai 400 sukarelawan yang turut terlibat pada SUKUM 2022.

Tahniah kepada Staf UPMKB yang menyertai Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 pada 17 - 24 Sept 2022.

Pingat Emas
1. En. Mohammad Thaqif Tong - Acara Olahraga 4x400M Lelaki Senior

Pingat Perak
1. En. Remey Tahir - Acara Olahraga Lompat Kijang Lelaki Senior
2. En. Mohd. Zulkipli Saali - Acara Ping Pong Berpasukan
3. En. Mohd Amaluddin Salleh - Acara Bola Sepak Senior

Pingat Gangsa
1. Pn. Hadiah Sandi - Acara Olahraga 4x400M Perempuan Veteran
 
Turut hadir, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor; Timbalan Pengarah Akademi Sukan, Muhamad Malik Tobias; Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin.
 
Syabas diucapkan!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdGAk~