Sukarelawan UPMKB Bantu Mangsa Terjejas Akibat Banjir | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Sukarelawan UPMKB Bantu Mangsa Terjejas Akibat Banjir

Sukarelawan UPMKB Bantu Mangsa Terjejas Akibat Banjir

Sukarelawan UPMKB Bantu Mangsa Terjejas Akibat Banjir

BINTULU: Baru-baru ini, sukarelawan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah mengadakan Program Putra Bakti: Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau, Bintulu di bawah Putra Volunteer Borneo 5.0. Program ini merupakan anjuran daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KePutra) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan jalinan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Putra President Union (PPU). Seramai 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UPMKB telah menyumbang tenaga dan khidmat bakti dalam melakukan aktiviti-aktiviti pembersihan kawasan sekitar kampung, Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Tatau dan Surau Al-Amin.

Justeru, program ini telah banyak membantu dan meringankan beban penduduk dan masyarakat sekitar kampung dalam menceriakan semula kawasan Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau. Program ini juga telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar UPMKB untuk menimba pengalaman sekaligus dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat sekitar dan mengharumkan nama universiti. Oleh itu, diharapkan pelajar UPMKB dapat terus bergiat aktif untuk menyumbangkan tenaga dalam program dan aktiviti kesukarelawan sebegini pada masa yang akan datang.

#MahasiswaUntukMasyarakat
#PutraVolunteerBorneo5.0
#Togetherweflyhigh
#BerilmuBerbakti

 

Tarikh Input: 19/02/2018 | Kemaskini: 19/02/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcWAM~