SESI KAUNSELING BERSAMA ORANG DI PAROL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SESI KAUNSELING BERSAMA ORANG DI PAROL

SESI KAUNSELING BERSAMA ORANG DI PAROL

BINTULU: Baru-baru ini, Pegawai Psikologi bersama ahli Pra Akrab UPMKB menjalankan Program Selami Jiwa bertempat di Pejabat Parol Bintulu. Program yang menggunakan pendekatan kaunseling kelompok ini telah dijalankan dengan pihak Pejabat Parol Bintulu dan melibatkan seramai 12 orang Orang di Parol (ODP) dari sekitar Bintulu.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menyelami punca kepada permasalahan banduan sehingga terjebak dengan masalah jenayah dan seterusnya membina keyakinan dalam diri peserta untuk menghadapi kehidupan akan datang selepas bebas dari hukuman.

Tarikh Input: 01/08/2017 | Kemaskini: 01/08/2017 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXRAM~