Segulung Tahniah! Diucapkan Kepada Kesemua Ahli Pengakap Kelana UPKMB. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Segulung tahniah! diucapkan kepada kesemua ahli pengakap kelana UPKMB.

Segulung tahniah! diucapkan kepada kesemua ahli pengakap kelana UPKMB.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus (UnisZa) telah mengadakan Istiadat Penganugerahan Baden-Powell Award dan Manikayu PPM Negeri KLKM Kali ke-IV Tahun 2017 (IPP) di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu pada 17-20 November 2017.

Anugerah ini merupakan anugerah berprestij dan anugerah tertinggi dalam pengakap kelana.  Sebanyak 15 jenis ujian dan penilaian yang telah diuji sepanjang kem ini untuk melayakkan diri untuk meraih anugerah berprestij ini. Antara ujiannya ialah ujian projek pioneering, kem kraf, ikhtiar hidup, simpulan dan ikatan, dan pertolongan cemas.

Seramai 77 orang calon daripada 8 buah institusi pengajian tinggi termasuklah 13 orang calon daripada pasukan pengakap kelana UPMKB telah menyertai pertandingan ini untuk bertanding dan dinilai bagi mendapatkan Anugerah Baden-Powell ini. Justeru, kesemua pasukan pengakap kelana UPMKB telah LULUS cemerlang dan dianugerahkan dengan Baden-Powell Award pada istiadat tersebut. Selain itu, daripada 5 anugerah utama yang dipertandingkan dan dinilai, 4 daripadanya telah dimenangi oleh pasukan pengakap kelana UPMKB sekaligus pasukan pengakap kelana UPMKB membawa pulang Piala Pusingan Anugerah Baden Powell bagi daerah terbaik. Antara anugerah tertinggi yang dimenangi pasukan UPMKB adalah:

  • Anugerah: Johan Kelana BP Award Keseluruhan Terbaik

Pemenang: Izzati Sofia binti Mohd Daroini (BSBI Sem 7)

  • Anugerah : Johan Kelana BP Award Terbaik Wanita

Pemenang : Diah Puspitawaty binti Tisna Baharuddin (BSBI Sem 7)

  • Anugerah : Naib Johan Kelana BP Award Terbaik Lelaki

Pemenang : Muhammad Arief Afiq bin Muhd Ameri (BSBI Sem 7)

  • Anugerah : Naib Johan Kelana BP Award Terbaik Wanita

Pemenang : Nurul Hikmah binti Mohd Ishak (BSBI Sem 7)

Segulung tahniah diucapkan kepada kesemua ahli pengakap kelana UPKMB yang berjaya menerima Baden-Powell Award dan anugerah. Ucapan syabas dan terima kasih kepada penasihat Persatuan Pengakap KLKM UPMKB, Encik Noor Hakim bin Ahmad serta jurulatih, Encik Kon Tak Seng atas dorongan, galakan dan sumbangan yang tidak berbahagi dan tidak putus terhadap calon BP Award. Terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Dr. Zamri bin Rosli dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Aryati binti Alwie kerana menyokong pasukan pengakap kelana UPMKB untuk menyertai pertandingan ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah dan staff yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam urusan sepanjang persiapan ke BP Award ini.

Kemenangan ini amat bermakna dan menjadi catatan sejarah buat pasukan pengakap KLKM UPMKB. Diharap dengan kemenangan ini menjadi dorongan dan semangat untuk semua pelajar khususnya ahli pengakap agar dapat mengimbangkan antara akademik dan juga kokurikulum.

Tarikh Input: 27/11/2017 | Kemaskini: 27/11/2017 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcUAv~