PUTRA LOVA@UPMKB, AKTIVITI SUKARELAWAN TANPA HENTI PALING PANJANG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA LOVA@UPMKB, AKTIVITI SUKARELAWAN TANPA HENTI PALING PANJANG

PUTRA LOVA@UPMKB, AKTIVITI SUKARELAWAN TANPA HENTI PALING PANJANG

11 Disember 2022 - Ahad sedang berlangsung Program Gotong Royong di kawasan Medan Selera dan Pusat Pelajar, UPMKB telah dilaksanakan menerusi program PutraLoVA dan disertai oleh 50 orang pelajar, staf dan pengusaha gerai bagi menanam semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa serta memupuk semangat dan toleransi sesama ahli yang terlibat.
 
Fokus utama aktiviti ini adalah melaksanakan gotong - royong pembersihan, pembaikan dan penyelenggaraan Medan Selera serta bilik - bilik yang ada di Pusat Pelajar UPMKB bagi meningkatkan keselesaan kepada pelanggan sama ada warga UPMKB atau pihak luar semasa makan di Medan Selera.
 
Dalam pada itu, kerja pembersihan ini turut memberi keselesaan kepada pelajar semasa menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Pelajar. Aktiviti ini telah meningkatkan lagi keceriaan serta kebersihan Medan Selera dan Pusat Pelajar di UPMKB.
 
Sempena sambutan Hari Kesukarelawanan yang disambut pada 5 Disember 2022 di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program kesukarelawanan tanpa henti selama 40 Jam di sekitar UPM dan UPM Kampus Bintulu pada 10 hingga 11 Disember 2022 yang menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBoR).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 12/12/2022 | Kemaskini: 13/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdPAX~