Projek Trees4Life Anjuran Petronas Carigali, UPM Kampus Bintulu Dan BDA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Projek Trees4Life Anjuran Petronas Carigali, UPM Kampus Bintulu dan BDA

Projek Trees4Life Anjuran Petronas Carigali, UPM Kampus Bintulu dan BDA

Majlis Perasmian Projek Trees-4-Life oleh Tuan Jack Aman Luat, Residen Bahagian Bintulu pada 31 Julai 2018 di Bintulu Public Park, Bukit Nyabau. Projek kerjasama tiga tahun ini melibatkan Petronas Carigali, UPM Kampus Bintulu dan BDA. Inisiatif ini melibatkan penanaman 3,000 batang pokok spesis Merawan Siput Jantan (Hopea Idorata) pada 3 hektar plot tanah. Seramai 200 orang peserta terlibat memeriahkan majlis ini, termasuklah staf dari Petronas, BDA, UPM Kampus Bintulu, Jabatan Alam Sekitar (DoE), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB),   Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jabatan Perhutanan Sarawak dan Pejabat Residen Bintulu. 

 

rasmi_tress4life

tnm_trees4life

tnm2_trees4life

Tarikh Input: 01/08/2018 | Kemaskini: 01/08/2018 | zulkernain

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXXAl~