PROGRAM WANITA DALAM PERTANIAN SIRI 1: FERTIGASI CILI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM WANITA DALAM PERTANIAN SIRI 1: FERTIGASI CILI

PROGRAM WANITA DALAM PERTANIAN SIRI 1: FERTIGASI CILI

 
Jabatan Sains Tanaman (JST), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan aktiviti bersama Persatuan Wanita Sarawak pada 13 Ogos 2022 (Sabtu), Siri 1: Fertigasi Cili, dari jam 8 pagi sehingga 1 petang. Kursus tersebut telah dijalankan di Bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak, Wilayah Bintulu. Kursus ini telah dihadiri seramai 33 orang yang terdiri daripada peserta Persatuan Wanita Sarawak daerah Bintulu.
 
Menurut pengerusi penganjur kursus, Dr. Kwan Yee Min iaitu Pensyarah Kanan JST, UPMKB, di antara pengisian Kursus Siri 1: Fertigasi Cili ini adalah berkaitan penanaman cili secara fertigasi serta keperluan prasarana yang diperlukan bagi tanaman cili.
 
Disamping itu, sesi ceramah / amali telah dikendalikan oleh Dr. Franklin Ragai Kundat (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan). Peserta telah didedahkan mengenai teknik penanaman cili secara fertigasi, keperluan media tanaman dan baja, serta cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang penanaman. Sesi amali ini telah dibantu oleh staf Jabatan Sains Tanaman, UPMKB yang lain.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUKAI~