PROGRAM UPMKB CHARITY GLOW IN THE DARK NIGHT RUN 2.0 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM UPMKB CHARITY GLOW IN THE DARK NIGHT RUN 2.0

PROGRAM UPMKB CHARITY GLOW IN THE DARK NIGHT RUN 2.0

9 Mac 2019 (Sabtu) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah berlangsung program UPMKB Charity Glow In The Dark Night Run 2.0 (GLINT RUN 2.0). Tahun ini merupakan tahun kedua program ini diadakan yang membabitkan satu jarak larian, 5 km. Program telah melibatkan 700 peserta daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan masyarakat setempat.

Program ini merupakan program yang mentransformasikan satu komuniti yang berilmu serta memiliki tubuh yang sihat dan cergas. Melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Di samping beramal, program telah menjadi satu platform hubungan ukhwah antara warga universiti dan masyarakat setempat. Hasil daripada program tersebut pihak penganjur akan menyalurkan kepada pertubuhan yang berfungsi dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang selari dengan visi dan misi UPMKB.

Program khidmat pelajar UPMKB diketuai oleh Saudari Dezycha Lousip sebagai Pengarah Program dan Puan Azizah Abdul Manaf Felo Kolej Sri Rajang selaku penasihat.  Program ini disokong oleh pelbagai pihak yang telah tampil memberikan sumbangan keperluan program dan wang tunai.

Larian amal sejauh 5 km pada waktu malam menyusuri jalan sekitar Kampus Hijau yang disajikan dengan udara segar dan dingin. Larian tamat di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB. Sesi penyampaian saguhati pemenang bagi 2 kategori serta 28 cabutan bertuah diteruskan. Para perserta berkesempatan mengambil peluang bergambar sebagai kenang-kenangan setelah tamat penyampaian.










Tarikh Input: 21/03/2019 | Kemaskini: 01/04/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdQAL~