PROGRAM ‘THE BAKSIS DAY’ DI UPMKB PADA 29 OKTOBER | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM ‘THE BAKSIS DAY’ DI UPMKB PADA 29 OKTOBER

PROGRAM ‘THE BAKSIS DAY’ DI UPMKB PADA 29 OKTOBER

BINTULU: Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1), Semester Pertama Sesi Akademik 2022/2023 akan melaksanakan Program ‘The BAKSIS Day’ (Putra Bakti @ AnimEX 4.0) dengan kaedah pembelajaran secara ‘Immersive Face-to-Face’ pada 29 Oktober ini di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Program tersebut adalah sempena Majlis Konvokesyen Ke-46 (Sidang 1) pada 1 November yang julung kalinya diadakan di UPMKB.

Jurucakap UPMKB berkata, AnimEX 4.0 sempena Majlis Konvokesyen UPMKB 2022 akan diadakan di pekarangan Dewan Sri Kenyalang UPMKB mulai jam 7 pagi hingga 5 petang.

Katanya, program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan program AnimEX yang telah dilaksanakan pada Mac 2020 dan tujuan penganjurannya adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti sekitar Bintulu mengenai kepentingan kemahiran khas penjagaan haiwan peliharaan, reptilia dan haiwan akuatik.

Di samping itu katanya, ia dapat mempamerkan spesies ternakan yang terdapat di UPMKB dan penganjuran program itu juga berpotensi sebagai landasan perkongsian ilmu dalam industri ternakan haiwan sekali gus berpotensi dipasarkan pada masa akan datang bagi menjana pembangunan ekonomi negara.

“The BAKSIS Day (Putra Bakti @AnimEX 4.0) juga berkemampuan sebagai harapan mahasiswa dan mahasiswi meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri serta penglibatan komuniti luar pada semua peringkat umur,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, ia melalui kaedah pemindahan pengetahuan, pembelajaran deria, meningkatkan pembangunan bahasa dan meningkatkan ikatan kekeluargaan.

Justeru katanya, untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Fasilitator QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 1 Roslan Ismail di talian 012-8992858.

DI SEBALIK TABIR: Jawatankuasa terlibat dalam penganjuran program The BAKSIS Day (Putra Bakti @AnimEX 4.0) merakam gambar kenangan.

 

Tarikh Input: 26/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaFAI~