PROGRAM SRI RAJANG ENTREPRENEUR DAY 3.0 (SRED 3.0) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SRI RAJANG ENTREPRENEUR DAY 3.0 (SRED 3.0)

PROGRAM SRI RAJANG ENTREPRENEUR DAY 3.0 (SRED 3.0)

Telah berlangsung Program Sri Rajang Entrepreneur Day 3.0 (SRED 3.0) 7 Mac 2020 di padang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), dianjurkan oleh Seketeriat Keusahawanan dan Kerjaya Majlis Perwakilan Kolej UPMKB turut di bantu oleh Kelab Molotov Crew (Beyblade) bintulu.

Program ini melibatkan dua pertandingan iaitu pertandingan Beyblade dan pertandingan Memasak serta jualan antara Blok. Program ini melibatkan 12 orang Ajk dimana saudari Lorrita Binti Binjil selaku pengarah program dan Puan Azizah Binti Abdul Manaf selaku Penasihat Program. Seramai 46 peserta luar yang terdiri daripada kategori Beginner, Junior dan Senior telah menyertai pertandingan ini.

Manakala bagi pertandingan Memasak Makanan Trending dan jualan antara Blok pula melibatkan semua warga pelajar Kolej Sri Rajang UPMKB. Program ini telah mendapat sambutan orang ramai dari dalam dan luar kampus. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua!








Tarikh Input: 09/03/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaFAY~