PROGRAM SHINE SO BRIGHT, FKPS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SHINE SO BRIGHT, FKPS

PROGRAM SHINE SO BRIGHT, FKPS

Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) , Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah mengadakan program Shine So Bright FKPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun, Belaga pada 13 Ogos 2022. Seramai 250 orang pelajar tingkatan empat dan lima telah menyertai program tersebut. Pihak penganjur juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Farley Mini Market, Bintulu dan CCF Wholesale & Supermarket Sdn Bhd.

Program tersebut adalah salah satu inisiatif FKPS dalam usaha melahirkan modal insan yang bermotivasi tinggi dan berliterasi dalam bidang Sains dan Matematik di komuniti tempatan khususnya di daerah Belaga. Objektif program ini selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kelestarian pendidikan Sains dan Matematik yang diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Ceramah motivasi bertujuan untuk membantu para pelajar agar meningkatkan prestasi pelajar berkenaan serta dapat membuat persiapan minda dalam mencapai kecemerlangan akademik sehingga ke menara gading. Ceramah persediaan sebelum sesi temuduga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang persediaan sebelum sesi temuduga. Seterusnya, info kemasukan dan syarat-syarat program pengajian di UPMKB juga diterangkan kepada para pelajar. Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua pelajar SMK Bakun.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdKA1~