PROGRAM SALAM MAULIDUR RASUL @ UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SALAM MAULIDUR RASUL @ UPMKB

PROGRAM SALAM MAULIDUR RASUL @ UPMKB

Majlis Perwakilan Kolej, Sekretariat Pembangunan Insan dan Kebajikan, sesi 2022/2023 Kolej Sri Rajang, Kelab Putra Al-Ukhuwwah dan Pusat Islam UPMKB telah berjaya menganjurkan Program Salam Maulidur Rasul @ UPMKB pada tahun ini.

Program kali ini berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, ceramah Jom! Kenalkan Nabi Muhammad telah disampaikan oleh Ustaz Mohamasir Bin Muhammad, yang merupakan eksekutif daripada Hidayah Foundation Centre, Bintulu. Pada hari kedua pula, pertandingan perarakan dan sepanduk telah disertai oleh blok pasangan lelaki dan perempuan di Kolej Sri Rajang.

Kami berharap program sambutan Maulidur Rasul pada kali ini dapat menanam sifat mahmudah dalam diri pelajar melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW dan juga dapat mengingati para pelajar tentang perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Dengan kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada warga UPM dan juga seluruh dunia.

\

 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdTAp~