PROGRAM PUTRA UPTOWN 2022 PUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PUTRA UPTOWN 2022 PUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR UPMKB

PROGRAM PUTRA UPTOWN 2022 PUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR UPMKB

AKTIVITI keusahawanan merupakan pemangkin kepada pembangunan ekonomi di samping bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Kemahiran keusahawanan merupakan salah satu kemahiran yang digalakkan dalam pengajian tinggi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, inovatif dan kreatif.

Fasilitator program PUTRA UPTOWN 2022, Dr Sharon Ong berkata: “Komponen keusahawanan yang diperkenalkan melalui aktiviti karnival seumpama ini membolehkan pelajar UP- MKB berfikiran kritis serta kreatif dalam menonjolkan potensi diri secara praktikal dan melahirkan minat terhadap keusahawanan”.

Justeru, pelajar dari kursus kokurikulum berkredit QKH2104 Usahawansiswa mengambil inisiatif untuk mengadakan program PUTRA UPTOWN 2022 di Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB).

Program PUTRA UPTOWN 2022 adalah satu program aktiviti karnival yang berkonsepkan ‘uptown’ dan aktiviti berniaga yang menghimpunkan penyertaan daripada pelajar dan komuniti Bintulu. Pelbagai jenis gerai makanan dan hiburan seperti karaoke, “MLBB tournament”, dan “mini game” telah disediakan.

Menurut pengarah program PUTRA UPTOWN 2022, Afdhal Ilhami Afdhal Lutfi, program ini telah mencapai objektifnya iaitu menyediakan platform kepada pelajar UPMKB untuk berniaga, selain menambah ilmu tentang pengurusan program dan perniagaan kepada pelajar UPMKB.

Peserta, pegerai dan pengunjung yang menyertai program ini memberi respons positif dan mereka berharap agar program sama dapat dianjurkan lagi dengan kolabratif bersama pihak lain dan pelbagaikan lagi aktiviti program.

 

Tarikh Input: 28/12/2022 | Kemaskini: 05/01/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdIAP~