PROGRAM PUTRA SUCCESS 2022 BANTU TINGKATKAN MOTIVASI MAHASISWA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PUTRA SUCCESS 2022 BANTU TINGKATKAN MOTIVASI MAHASISWA

PROGRAM PUTRA SUCCESS 2022 BANTU TINGKATKAN MOTIVASI MAHASISWA

BERSEMANGAT: Peserta Bengkel Putra Success 2022 bersama penceramah Hairunisah, Pegawai Psikologi UPMKB (tengah) dan barisan fasilitator program

 

BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB telah menganjurkan Program Putra Success kepada pelajar UPMKB.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah mahasiswa bagi melahirkan graduan UPMKB yang berkualiti tinggi. Program telah dihadiri oleh 20 orang pelajar terpilih dan turut dibantu oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), UPMKB sebagai fasilitator program.

Penceramah program, Puan Hairunisah Abdul Rahman berkata, untuk cemerlang di universiti, pelajar perlu mengenalpasti gaya belajar masing-masing terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah pelajar dapat mencari kaedah atau teknik bersesuaian dengan personaliti diri untuk belajar dengan lebih berkesan.

Selain slot ceramah, peserta turut dibahagikan ke dalam kumpulan kecil bersama fasilitator untuk membincangkan dengan lebih mendalam tentang halatuju masing-masing dalam bidang akademik.

Tarikh Input: 07/02/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETKAQ~