PROGRAM PUTRA BAKTI: TIME’S UP! IT’S TIME TO SHINE | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PUTRA BAKTI: TIME’S UP! IT’S TIME TO SHINE

PROGRAM PUTRA BAKTI: TIME’S UP! IT’S TIME TO SHINE

Bintulu 17 Januari, - Teknik dalam komunikasi kini telah menjadi aspek penting dalam diri pelajar serta masyarakat luar dengan ini seramai 174 peserta telah berjaya mendapatkan beberapa tips daripada penceramah-penceramah hebat yang telah dijemput di program Putra Bakti: Time’s Up! It’s Time To Shine anjuran pelajar Seni Penghujahan Kumpulan 101, Semester 1 sesi akademik 2021/2022, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak

Pengarah program, Cik Ervinna Rebecca Temah Anak Endawie berkata, tujuan utama program ini diadakan bukan sahaja hanya sekadar perkongsian daripada penceramahpenceramah yang berpengalaman malah dapat mencungkil rahsia di sebalik ilmu penghujahan apabila berada di khalayak ramai.

Program ini telah menjemput beberapa orang penceramah hebat antaranya Encik Muhammad Aiman Bin Arshad (Alumni UPMKB), Encik Mohammad Erfanishah Bin Abdullah (Professional and Certified Motivator & Coach), Encik Muhd Zulhafriz Aadel Marzuki ( Senior Executive Petronas), Cik Joyana Dilam Anak Clement ( Graduan Universiti Sains Malaysia), Encik Steward Raymond Anak Dawi ( Wartawan dan Penyampai Berita TVS) serta Encik Sudirman Bin Asmadi ( Ketua Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPMKB).

Beberapa topik perkongsian serta teknik komunikasi yang telah dikongsikan oleh penceramah ialah rahsia di sebalik berhujah, beberapa tips untuk menghilangkan rasa gementar apabila berhujah, cara meningkatkan keyakinan apabila berucap di khalayak ramai serta banyak lagi rahsia yang telah peserta dapatkan daripada penceramah-penceramah yang dijemput.

Program ini telah berlangsung selama dua hari dan terdapat aktiviti yang dijalankan antaranya ialah kuiz yang berbentuk Quizizz kepada para peserta serta tayangan video daripada penaja dan video penghargaan kepada penaja dan kru di sebalik tabir yang menjayakan program ini.

Para peserta telah berjaya mendapatkan rahsia dan beberapa tips yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dalam berkomunikasi serta memberi maklum balas melalui borang penilaian yang menyatakan program ini memberi ilmu dan manfaat kepada mereka. Para peserta juga berharap agar program ini boleh diadakan sekali lagi.

 

 

Tarikh Input: 16/02/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUOAO~