PROGRAM PUTRA BAKTI SISWA “BAKTI DISEMAI KASIH DITUAI”. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PUTRA BAKTI SISWA “BAKTI DISEMAI KASIH DITUAI”.

PROGRAM PUTRA BAKTI SISWA “BAKTI DISEMAI KASIH DITUAI”.

BINTULU 14-16 FEB 2020 – Program Putra Bakti Siswa ‘Bakti disemai Kasih dituai’ yang dianjurkan oleh Kursus Kokorikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 6 Semester Kedua Sesi Akedemik 2019/2020 telah dijalankan dengan jayanya di rumah panjang Uchong Anak Nyalipan, Sg Sebemban.

Program ini telah disertai oleh 26 pelajar Kampus Bintulu, dibawah bimbingan Dr. Sivasangar Seenivasagam selaku fasilitator disamping pemantau program Dr. Mark Lee Wun Fui dan Dr. Shiamala Ramaiya. Program ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Intergreti & Ombudsman), Sarawak.

Program ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara para pelajar UPM kampus dan juga penduduk rumah Panjang Uchong Anak Nyalipan yang telah menganggap dan melayan para pelajar seperti anak mereka sendiri. Di samping itu, program ini juga telah memberi peluang kepada para pelajar UPM Kampus Bintulu untuk mempelajari pelbagai budaya dan adat resam kaum Iban dan juga telah mengajarkan erti semangat persahabatan dan juga kekeluargaan yang boleh menjadi teladan dalam kehidupan.

Syabas dan tahniah diucapkan!





Tarikh Input: 04/03/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUWAE~