PROGRAM 'PRE-KIDS EXPLORE: ARTS AND SCIENCE OF AGRICULTURE' | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM 'PRE-KIDS EXPLORE: ARTS AND SCIENCE OF AGRICULTURE'

PROGRAM 'PRE-KIDS EXPLORE: ARTS AND SCIENCE OF AGRICULTURE'

Program 'Pre-Kids Explore: Arts and Science of Agriculture' berlangsung pada 7 Januari 2023 di Taman Tumbina, Bintulu, dianjurkan oleh pelajar kursus CES3201 Pengembangan dan Jaringan Industri, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB.
 
Program ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Bacelor Sains Bioindustri (BIOINC), Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS), dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Program khidmat komuniti ini telah disertai oleh seramai dua puluh (20) orang kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun, daripada Taska Permata Kasih dan Taska Penyayang Mama, dan diiringi oleh guru-guru taska dan ibubapa kanak-kanak.
 
Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepelbagaian flora serta kepentingan menjaga alam sekitar, proses penanaman sayur sawi secara sistem hidroponik, dan menghasilkan karya kolaj berkonsepkan hidupan laut/akuatik menggunakan sisa tumbuhan.
 
Ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua pihak sudi berkerjasama dalam menjayakan program ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 10/01/2023 | Kemaskini: 10/01/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYJAH~