PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN ‘WANITA DALAM PERTANIAN’ | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN ‘WANITA DALAM PERTANIAN’

PROGRAM PENGEMBANGAN PERTANIAN ‘WANITA DALAM PERTANIAN’

Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah berjaya menganjurkan satu program pengembangan pertanian ‘Wanita Dalam Pertanian’ pada 19 Mac 2022 (Sabtu) yang melibatkan para suri rumah di sekitar Bintulu. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para suri rumah dalam pertanian sara diri.
 
Program ini diketuai oleh Dr. Kwan Yee Min dan dibantu oleh para pelajar Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan (DPPM). Dr. Wan Asrina binti Wan Yahaya dan Dr. Franklin Ragai Kundat telah berkongsi ilmu dalam pengurusan baja untuk taman rumah dan penanaman secara hidroponik.
 

 
 
 
 
 

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdVAP~