PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI SG. ASAP BELAGA: INTERVENSI BERSEPADU BAGI PEMBANGUNAN KOMUNITI TERJEBAK ISU SOSIAL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI SG. ASAP BELAGA: INTERVENSI BERSEPADU BAGI PEMBANGUNAN KOMUNITI TERJEBAK ISU SOSIAL

PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI SG. ASAP BELAGA: INTERVENSI BERSEPADU BAGI PEMBANGUNAN KOMUNITI TERJEBAK ISU SOSIAL

Program Pemerkasaan Komuniti Sg. Asap bagi Intervensi Bersepadu Pembangunan Komuniti Terjebak Isu Sosial telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 15 Januari 2023 bertempat di Lebu’ Kulit, Sungai Asap, Belaga.
 
Program ini dianjurkan Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan Semester Pertama Sesi 2022/2023 bersama Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti dan dengan Kerjasama Pejabat Daerah Belaga, Pejabat Kebajikan Masyarakat Kapit, AADK Daerah Sibu dan Daerah Bintulu, Klinik Kesihatan Bintulu, Majlis Adat Istiadat Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan DDW Consultancy Sdn Bhd.
 
Program selama 3 hari 2 malam dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus Pengantar Pembangunan Komuniti (FEM3331). Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terhadap pemerkasaan komuniti melalui penganjuran program dengan membantu memperkasa pemimpin akar umbi dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu komuniti dalam menangani isu sosial serta membina jaringan sokongan sosial dalam komuniti yang dinamis berasaskan kepada semangat solidariti antara masyarakat luar bandar dan golongan intelek.
 
Antara komponen dalam program ini ialah keluarga angkat, perkongsian maklumat, forum interaktif, khidmat nasihat dan rujukan intervensi, ziarah keluarga, aktiviti fun-learning, aktiviti solidariti, sukan rakyat dan kebudayaan dan refleksi program. Majlis Penutup Program telah dirasmikan oleh YB Encik Kennedy Chukpai Ugon ADUN Murum.
 
Perhargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang program ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar BSPMP Semester Satu. Tiga Tawai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 18/01/2023 | Kemaskini: 18/01/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXOAj~