PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PERTANIAN KOMUNITI DISAMBUT MERIAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PERTANIAN KOMUNITI DISAMBUT MERIAH

PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PERTANIAN KOMUNITI DISAMBUT MERIAH

Sekitar Majlis Penutupan Program Pembangunan Kemahiran Pertanian Komuniti Rumah Jungan Anak Mitoh di Bintulu, Sarawak. Program anjuran UPMKB dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan komuniti Rumah Jungan Anak Mitoh ini berlangsung selama 6 bulan dengan 4 projek utama iaitu Projek Pertanian Fertigasi, Projek Keusahawanan, Projek Pendidikan dan Sahsiah serta Projek Perkembangan Kanak-kanak.

Program ini digerakkan dengan dana sebanyak RM31,000 melalui geran KTGS. Bermula Julai sehingga bulan Disember 2022, program ini telah berlangsung dengan jaya nya dan mendapat respon positif serta sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti Rumah Jungan. YB Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen P217 Bintulu merangkap Menteri Pelancongan turut menyumbang dana sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan program di komuniti tersebut untuk tahun 2023-2024.

Turut hadir dalam majlis pada hari ini adalah YBhg. Prof. Dr Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB, YBhg. Prof. Dr Loh Teck Chwen, Pengarah UCTC serta para pegawai dan pelajar.

Tarikh Input: 21/12/2022 | Kemaskini: 21/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUIAE~