PROGRAM NYUNGKAKKA PENEMU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM NYUNGKAKKA PENEMU

PROGRAM NYUNGKAKKA PENEMU

NYUNGKAKKA PENEMU : HALATUJU PENYELIDIKAN PERHUTANAN DI MALAYSIA, PERKONGSIAN ILMU PENGETAHUAN BERKENAAN PENYELIDIKAN DALAM BIDANG PERHUTANAN DI MALAYSIA

“Nyungkakka Penemu” merupakan perkataan yang berasal daripada Bahasa Iban yang membawa maksud Meningkatkan Pengetahuan / Melonjakkan Pengetahuan / Memperkasakan Pengetahuan. Program Nyungkakka Penemu ini dijalankan secara maya yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Siri Pertama program Nyungkakka Penemu yang bertajuk “Halatuju Penyelidikan Perhutanan di Malaysia” telah berjaya dianjurkan pada 31 Mac 2021.  Program ini bertujuan untuk perkongsian ilmu pengetahuan berkaitan dengan penyelidikan dalam bidang perhutanan di Malaysia.

Sesi Webinar ini telah menjemput dua ahli panel berpengalaman dalam bidang perhutanan iaitu Yang Berbahagia Datu Hamden bin Hj. Mohammad merangkap Pengarah Hutan Sarawak dan Yang Berusaha Dr. Ismail bin Parlan, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan moderator bagi program ini adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pendanaan), Dr. Roland Kueh Jui Heng. Sesi Webinar yang diadakan secara langsung menerusi aplikasi Cisco Webex dan Facebook, telah berjaya menarik minat seramai 279 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta para penyelidik dan pelajar universiti tempatan dari seluruh negara. Sesi yang bersiaran selama dua jam ini telah memberi banyak maklumat berkenaan fungsi Jabatan Hutan Sarawak dan FRIM serta peranan yang dimainkan oleh kedua-dua agensi dalam menyokong penyelidikan perhutanan di Malaysia. Ahli panel juga turut menyentuh berkenaan cabaran dan peluang dalam bidang penyelidikan perhutanan serta menjawab beberapa soalan yang dimajukan oleh para peserta.

 

Tarikh Input: 01/04/2021 | Kemaskini: 06/04/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaFAz~