PROGRAM KLINIK BOLA TAMPAR 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KLINIK BOLA TAMPAR 2019

PROGRAM KLINIK BOLA TAMPAR 2019

Program Klinik Bola Tampar ini adalah dibawah Program Putra VolleyBall Charity Tournament bersama pelajar sekolah rendah SK Orang Kaya Mohammad , SK. Kampung Baru, SJK (C) Chung Hua Bintulu di UPM Kampus Bintulu pada 16 Februari 2019 yang telah dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 1 dan 2 daripada pelajar Diploma Pengurusan Perladangan Makanan semester kedua sesi akademik 2018/2019.

Program ini dilaksanakan selama satu hari (1) dengan tujuan mencungkil bakat dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam sukan bola tampar. Program ini juga dapat memupuk nilai kerjasama, memantapkan disiplin diri dan memberikan pendedahan kepada kemahiran mengelolakan sesuatu aktiviti. Disamping itu, program ini telah membantu memberi sumbangan kebajikan berbentuk wang tunai kepada sekolah yang terlibat. Akhir sekali, program ini telah membuktikan bahawa sukan dapat memberi impak yang positif kepada komuniti. Program ini telah dikendalikan oleh Fasilitator En. Roslan Ismail dan En. Kong Kie Soon.

Tarikh Input: 19/02/2019 | Kemaskini: 20/02/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdXAI~