PROGRAM KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 2022 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 2022

PROGRAM KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 2022

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-65. Program Karnival Semarak Merdeka 2022 telah jayanya diadakan di Dewan Sri Kenyalang pada 30 Ogos 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej sesi 2022/2023, Sekeretariat Patriotisme dan Perpaduan .

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dr. Kamil Bin Latif Pengetua Kolej Sri Rajang dan turut dihadiri oleh YBhg Dr. Zamri bin Rosli Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan. Program tersebut telah mendapat sambutan meriah daripada warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

Di samping itu, pelbagai pertandingan dan persembahan menarik telah disertai oleh para pelajar. Tidak dilupakan juga,persembahan yang penuh semangat daripada @putrabandupmkb. Banyak bakat tersembunyi pelajar UPMKB terserlah pada malam hari kemerdekaan yang penuh bermakna ini.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-65.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUGAj~