PROGRAM JELAJAH BHEP @ BINTULU KE KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM JELAJAH BHEP @ BINTULU KE KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB

PROGRAM JELAJAH BHEP @ BINTULU KE KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB

Selamat datang diucapkan kepada para peserta Program Jelajah BHEP @ Bintulu ke Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke Kolej Sri Rajang. Kami berharap anda dapat pengalaman yang bermanfaat dan keselesaan sepanjang anda berada di Kolej Sri Rajang, UPMKB.
 
Beberapa program yang telah dirancang akan dilaksanakan sepanjang program seperti “Ice breaking session with top 6 MPP UPM”, Taklimat Pengurusan Aktiviti Pelajar serta aktiviti berbasikal sekitar UPMKB.
 
Selain itu, Program Beramah Mesra bersama Ketua Bahagian HEP dan Pembahagian Komputer Riba kepada pelajar B40 serta taklimat Sistem e-Merit & Penubuhan Kelab/Persatuan juga akan berlangsung sepanjang keberadaan peserta Program Jelajah BHEP @ Bintulu di Kolej Sri Rajang, UPMKB.
 
Program ini akan diakhiri dengan Kembara Gua Niah dan Jelajah Sekitar Kampus Bintulu. Pihak pengurusan Kolej Sri Rajang berharap agar para peserta Program Jelajah BHEP @ Bintulu akan menikmati dan mendapat pengalaman yang terbaik di Kolej Sri Rajang, UPMKB.
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdIAH~