PROGRAM JALINAN MUHIBAH UPMKB - SK(A) MIS BINTULU 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM JALINAN MUHIBAH UPMKB - SK(A) MIS BINTULU 2019

PROGRAM JALINAN MUHIBAH UPMKB - SK(A) MIS BINTULU 2019

Pada 11 Oktober 2019, Program Jalinan Muhibah di antara UPMKB (di bawah Jabatan Sains Sosial) dan SK(A) Majlis Islam (MIS) Bintulu Sarawak telah diadakan di SK(A) MIS Bintulu. Program ini merupakan kesinambungan daripada program serupa yang pertama kalinya diadakan pada tahun 2018. Program ini disertai oleh seramai 20 orang fasilitator daripada Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (BSPMP) dan 74 orang peserta dari SK (A) MIS Bintulu.

Objektif Program Jalinan Muhibah diadakan adalah untuk:
• mengeratkan jalinan kerjasama di antara universiti dengan sekolah
• berkongsi kepakaran yang ada dengan pihak sekolah
• mempromosikan UPMKB sebagai destinasi pengajian tinggi utama

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Treasure Hunt, kuiz personaliti serta sesi perkongsian tentang personaliti dan kerjaya oleh Prof. Madya Dr. Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assim. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan diharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan datang.









Tarikh Input: 18/10/2019 | Kemaskini: 22/10/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdCAo~