PROGRAM FOREST THERAPY TINGKATKAN KESIHATAN MENTAL PELAJAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM FOREST THERAPY TINGKATKAN KESIHATAN MENTAL PELAJAR

PROGRAM FOREST THERAPY TINGKATKAN KESIHATAN MENTAL PELAJAR


Bergambar kenangan, Dr. Kereen Sundara Rajoo dan Hairunisah bersama fasilitator Pembimbing Rakan Sebaya di Hutan Nirwana, UPMKB.


Bintulu - 28 Jan 2023, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi Akademik 2022/2023 dengan Kerjasama Seksyen kaunseling dan Kebajikan Pelajar (SKKP) dan Jabatan Sains Perhutanan (JSH), Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah menganjurkan Program terapi alam yang dinamakan sebagai Forest Therapy.

Menurut Ajmal selaku Pengarah Program Forest Therapy, program yang telah dijalankan di Hutan Nirwana, UPMKB ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang kaedah pengurusan stres yang menggunakan pendekatan alam semulajadi. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar serta meningkatkan lagi hubungan ukhuwah sesama pelajar di samping menjalankan peranan pembimbing rakan sebaya untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental para pelajar di UPMKB.

Program yang dianjurkan bermula awal pagi ini telah dimulakan dengan taklimat pengenalan Forest Therapy yang telah disampaikan oleh Dr. Keeren Sundara Rajoo, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Perhutanan (JSH), UPMKB. Aktiviti seterusnya ialah pelaksanaan Walking in the Jungle dibantu oleh para fasilitator PRS. Pengisian program diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan dalam kumpulan iaitu sesi perkongsian yang diketuai oleh Puan Hairunisah Binti Abdul Rahman, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta dibantu oleh beberapa fasilitator yang diketuai oleh Muhammad Ajmal bin Mahmud (Pengarah program) dan Nurzayanah Adilah Binti Mohd Zain (Timbalan Pengarah program) yang telah disertai oleh 25 peserta.

Tambah Dr. Keeren lagi, menariknya, program ini pertama kali dilaksanakan di UPMKB. Tambahan pula, program ini dapat memberikan kesan yang sangat baik untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang. Oleh itu, Pembimbing Rakan Sebaya mengambil inisiatif serta peluang tersebut untuk memperkenalkan terapi ini kepada pelajar dan komuniti UPMKB pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 01/02/2023 | Kemaskini: 01/02/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETAAk~