PROGRAM “EMBRACING DIGITAL TECHNOLOGY : A NEW NORM” UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM “EMBRACING DIGITAL TECHNOLOGY : A NEW NORM” UPMKB

PROGRAM “EMBRACING DIGITAL TECHNOLOGY : A NEW NORM” UPMKB

BINTULU 24 Oktober, Teknologi digital merupakan salah satu bidang yang amat penting seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih saban hari dan ini terbukti dengan sambutan meriah daripada para pelajar dan masyarakat luar yang telah mengikuti Program “Embracing Digital Technology : A New Norm” secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex pada 23 hingga 24 Oktober yang lalu.

Seramai 34 orang pelajar Kelab Bakti Siswa Kumpulan 2 daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan program “Embracing Digital Technology : A New Norm” dengan kerjasama penasihat bagi program tersebut iaitu Dr. Sivasangar A/L Seenivasagam.

Penasihat bagi Program “Embracing Digital Technology : A New Norm”, Dr. Sivasangar A/L Seenivasagam berkata bahawa program tersebut telah diadakan bagi memberikan inspirasi kepada para peserta untuk menguasai bidang teknologi digital sekali gus membantu para peserta untuk memperkasa kemahiran diri dalam bidang teknologi digital serta sentiasa cakna dengan kecanggihan dalam penggunaan teknologi masa kini.

Tuntasnya, program ini telah dihadiri kira-kira 200 orang peserta dan pihak penganjur majlis telah menjemput 6 orang penceramah iaitu Encik Ts.Gs.Ir Herman bin Tawil, Cik Faezah Farhana, Encik Wencelaus Damian Bedus, Dr. Shafinah binti Kamarudin, Dr. Mohd Amiruddin bin Abd. Rahman serta Puan Gloria Lijai Umbal bagi berkongsi ilmu pengetahuan tentang kemudahan penggunaan teknologi digital terkini dalam bidang perubatan, pembangunan aplikasi baharu, laman sesawang, pembelajaran serta perniagaan secara atas talian.

Antara contoh maklumat-maklumat bidang teknologi digital yang dikongsikan oleh para penceramah adalah Geo-Imaging Technology, E-Commerce iaitu aplikasi Shopee, E- Wallet seperti Sarawak Pay, Web Development, App Development serta E-Health yang mengalami kemajuan saban hari.

“Program ini mampu memberikan pelbagai pendedahan serta manfaat kepada para peserta akan kepentingan teknologi digital terutamanya semasa pandemik Covid-19 agar para peserta dapat membudayakan pengadaptasian penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian” kata Muhammad Luqman Hakim bin Haris, Pengarah bagi Program “Embracing Digital Technology : A New Norm” yang telah memastikan bahawa program ini berjalan dengan lancar.

 

Tarikh Input: 03/11/2021 | Kemaskini: 27/04/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdBAn~