PROGRAM CLEAN THE BEACH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM CLEAN THE BEACH

PROGRAM CLEAN THE BEACH

 
Program Clean The Beach telah diadakan di Markas Operasi PDRM Marin Wilayah 5, Bintulu, pada 18 Jun 2022 (Sabtu) anjuran Kursus TKP3206 Pengembangan Akuakultur, Kelab Agriaqua, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan UPM Kampus Bintulu, Markas Operasi PDRM Marin Wilayah 5, Bintulu, serta Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
 
Matlamat program ini dijalankan adalah untuk mengasah kebolehan para pelajar dalam merancang dan memimpin program di samping mendedahkan pelajar-pelajar UPMKB dalam memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan sesebuah program. Bukan itu sahaja, penganjuran program ini juga turut memberi impak kepada para peserta, di mana para peserta dapat menitiberatkan kebersihan alam sekitar dalam penjagaan kelestarian ekosistem hidupan akuatik.
 
Seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Bacelor Sains Akuakultur, Bacelor Sains Bioindustri, Bacelor Sains Perhutanan, Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Bintulu, serta sukarelawan dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Aktiviti pembersihan di sekitar kawasan jeti Markas Operasi PDRM Marin Wilayah 5, Bintulu, telah dilakukan bersama para peserta dan berjaya mengumpul pelbagai jenis sampah. Antara sampah yang berjaya dikutip termasuklah pakaian, paip, bakul, selipar dan sampah ‘biasa’ seperti plastik, botol plastik, kotak air minuman, tin kosong, bekas serta pembalut makanan.
 
Melalui penganjuran program ini, diharapkan lebih ramai masyarakat sedar akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya ekosistem hidupan akuatik. Pembuangan sampah ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem yang sepatutnya dijaga dengan baik. Maka dengan itu, sifat pembuangan sampah ke dalam sungai tidak sepatutnya diterap dalam setiap individu agar hidupan akuatik dapat dikekalkan di samping dapat menerapkan sikap bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
 

Tarikh Input: 24/06/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaDAW~