PROGRAM BENGKEL MENTAL HEALTH UPMKB 2022 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM BENGKEL MENTAL HEALTH UPMKB 2022

PROGRAM BENGKEL MENTAL HEALTH UPMKB 2022

20 Ogos 2022 - Bengkel Mental Health yang dilaksanakan oleh Seketriat Pembangunan Insan dan Kemanusian dengan kerjasama pihak Bahagian Hal Pelajar, UPMKB. Program ini telah berjaya menjalankan sebanyak 6 aktiviti dengan sempurna.
 
Program ini telah mendapat sambutan hangat dari para peserta iaitu para pelajar UPMKB yang telah memberi maklum balas yang cemerlang dan aktif dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan.
 
Pihak kaunselor juga dapat memberikan pelbagai impak positif kepada para peserta dan banyak menolong para peserta untuk mendapatkan tips bagi menghadapi dan mengenal pasti masalah kesihatan mental.
 
Akhir sekali,Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Semoga program dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Program Mental Health ini akan bersambung pada keesokan harinya iaitu pada 21 Ogos 2022 beserta dengan pameran mental health dan majlis penutupan yang akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/08/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETWA0~