PROGRAM AGROMAKANAN RISDA PERINGKAT NEGERI (JPAMN) SARAWAK DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU (UPMKB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM AGROMAKANAN RISDA PERINGKAT NEGERI (JPAMN) SARAWAK DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU (UPMKB)

PROGRAM AGROMAKANAN RISDA PERINGKAT NEGERI (JPAMN) SARAWAK DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU (UPMKB)

Bintulu - 28 Mac 2023, Pusat Pertanian Putra (PPP), UPMKB menerima lawatan kerja rasmi daripada pihak RISDA Sarawak, pekebun kecil RISDA serta wakil daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu dan Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Bintulu bagi membincangkan berkenaan dengan Program Agromakanan RISDA Peringkat Negeri (JPAMN) Sarawak bagi projek Ternakan Ayam Pedaging dan Burung Puyuh.
 
Tuan Shaharuddin Bin Saberi (Pengarah RISDA Negeri Sarawak), memaklumkan bahawa program seumpana ini merupakan inisiatif oleh pihak RISDA sebagai satu platform menyahut seruan kerajaan (Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030) dalam mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import, sebaliknya merancakkan kembali industri makanan dalam negara yang membawa kepada peningkatan tahap keuntungan dan menghasilkan proses pengeluaran pertanian yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan.
 
Seramai lima (5) orang pekebun kecil dari Kpg. Sg. Selamak & lima (5) orang pekebun kecil dari Kpg. Sepadok, Bintulu akan terlibat dalam Projek Agromakanan Ternakan Ayam Pedaging dan Burung Puyuh dengan kolaborasi bersama pihak UPMKB.
 
Sementara wakil daripada pihak PPP, UPMKB yang turut hadir dalam sesi perkongsian ilmu terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Amy Halimah binti Rajaee (Timbalan Pengarah, PPP, UPMKB), Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna (Ketua Bahagian Ternakan dan Akukultur), En. Nalong Buda (Ketua Bahagian Tanaman dan Perhutanan), En. Sat Maling (Ketua Bahagian Perkhidmatan, Kejuruteraan Ladang dan Landskap), Dr. Zaidi Suif (Pegawai Pertanian), Cik Josephine Jawai Makos (Penolong Pegawai Pertanian) dan En. Muhammad Iqbal Hidayat Bin Brawi (jurufoto), serta wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu, En. Lusat Aneng Apoi dan Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Bintulu iaitu En. Alex Ding.
 
Ucapan penghargaan juga ditujukan khas buat Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini kerana sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada PPP, UPMKB. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dengan agensi-agensi lain masa akan datang bagi seiring dengan komitmen Malaysia untuk membangunkan ekonomi dan meningkatkan kemajuan serta ekonomi negara dalam sektor pertanian dan penternakan.

Tarikh Input: 29/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXESPAR~