PREMIER SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UPM KAMPUS BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PREMIER SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UPM KAMPUS BINTULU

PREMIER SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UPM KAMPUS BINTULU

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu di Wisma Bapa Malaysia, pada Isnin.

Rombongan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra.

Ketika ditemui media selepas kunjungan hormat berkenaan, beliau berkata, tujuan utama kunjungan hormat berkenaan adalah untuk menjemput Premier Sarawak menghadiri majlis konvokesyen UPM yang bakal diadakan buat julung kalinya di kampus Bintulu pada 1 November ini.

“Ini adalah hasrat Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengadakan konvokesyen di kampus Bintulu.

“Ia dapat memberi peluang kepada keluarga pelajar daripada Sarawak untuk menyaksikan konvokesyen di atas pentas kerana sebelum ini ramai yang tidak dapat ke Semenanjung.

“Justeru itu, mulai daripada tahun ini, UPM akan mengadakan majlis konvokesyen tiap-tiap tahun di Sarawak.

“Hasrat Tuanku juga adalah untuk memberikan penghormatan kepada negeri Sarawak yang telah membuka peluang untuk UPM membuka kampus di Bintulu,” katanya.

Untuk rekod, seramai 471 graduan dari Sarawak dan Semenanjung dijangka terlibat dalam konvokesyen tersebut. -EDISI UKAS

Tarikh Input: 13/09/2022 | Kemaskini: 04/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZNAJ~