PPP UPMKB ANJUR KURSUS PENTERNAKAN LEMBU SECARA FIDLOT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PPP UPMKB ANJUR KURSUS PENTERNAKAN LEMBU SECARA FIDLOT

PPP UPMKB ANJUR KURSUS PENTERNAKAN LEMBU SECARA FIDLOT

Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Penternakan Lembu Secara Fidlot pada 8 Oktober 2022 (Sabtu). Kursus tersebut telah dijalankan di Pejabat Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) dan Unit Lembu Fidlot (Praktikal) bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Seramai 29 orang peserta dari pelbagai daerah di Sarawak (Bintulu, Miri, Sibu, Serian, Kuching, Sri Aman, Betong, Bintangor, Sarikei, Matu, Julau, Ba'kelalan) bahkan dari Johor dan Pulau Pinang, yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, Pesara Kerajaan, Pengarah Urusan, kakitangan Petronas, penternak dan pengusaha ternakan serta bekerja sendiri telah menyertai kursus ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaCA6~