PESARA GURU TAMATKAN PHD TEPAT PADA MASA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PESARA GURU TAMATKAN PHD TEPAT PADA MASA

PESARA GURU TAMATKAN PHD TEPAT PADA MASA

BINTULU, 1 Nov - Dr. Mangai Anak Tugau, 63, berjaya membuktikan bahawa usia tidak menghalangnya sebagai pesara guru untuk berjaya menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tepat pada masanya.
 
Beliau yang merupakan graduan tertua di Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke 46 yang berlangsung di Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) pada sidang satu di Dewan Sri Kenyalang hari ini menerima PhD daripada Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
 
"Saya ingin buktikan bahawa usia emas tidak menghalang seseorang itu untuk mendapatkan pembelajaran sehingga peringkat yang tertinggi, serta memberi contoh tauladan kepada anak cucu saya dan secara am pada masyarkat umum.
 
"Pendidikan ialah cara untuk mengubah cara hidup manusia jadi mahu atau tidak kita perlu mengejar pendidikan setinggi yang mungkin. Umur dan duit bukan menjadi faktor untuk menghalang tidak sambung belajar kerana saya sendiri sudah melepasi 60 tahun," katanya.
 
Mengulas lanjut, ayah kepada tiga orang anak ini berkata insan yang menarik tangannya untuk menyambung PhD ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Magiman juga penyelia beliau sepanjang menyambung pengajian.
 
"Perkara paling penting untuk berjaya tamatkan PhD tepat pada masanya ialah memiliki disiplin yang tinggi. Setiap hari kita perlu mempunyai semangat nak meneruskan apa yang sudah kita mulakan," katanya.
 
Beliau merupakan pesara guru yang sudah berkhidmat selama 15 tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Balai, Sebauh, Sarawak.- UPM
 

 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETXAX~