30 Oktober 2022 - Perlawanan persahabatan golf diantara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pihak Berkuatkuasa tempatan Bintulu, Sarawak telah dianjurkan di Bintulu Golf Club.
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Roslan Sulaiman berkata, perlawanan persahabatan golf ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan UPM dan Sarawak.
“Perlawanan persahabatan golf ini juga adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen UPM Kampus Bintulu buat julung kali dianjurkan di UPMKB pada satu November ini,” katanya.
Turut hadir pada perlawanan persahabatan golf ini, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
#KonvoUPMKB
#MajlisKonvokesyenUPM46
#UPM
#UPMKB
Tarikh Input: 04/11/2022 |
Kemaskini: 04/11/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA