PENYERAHAN KAD PRIHATIN SISWA BATCH 1 (UPMKB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PENYERAHAN KAD PRIHATIN SISWA BATCH 1 (UPMKB)

PENYERAHAN KAD PRIHATIN SISWA BATCH 1 (UPMKB)

Bintulu - Bermula pada hari ini, 14 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023 dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang, dijangkakan sebanyak 1,275 orang pelajar akan menerima Kad Prihatin Siswa bagi Batch 1 ini.
 
Program yang diadakan di Dewan Sidang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) ini dilaksanakan oleh pihak RHB Bank dan warga UPMKB yang terdiri daripada pelajar dan staf.
 
Inisiatif Kad Prihatin Siswa ini merupakan daya usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia.
 
Ianya diharapkan memberi impak positif kepada penjimatan kewangan, “cashless campus”, “smart campus” dan seterusnya mewujudkan eko-sistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan Universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
 
Tujuan dan objektif utama pelaksanaan inisiatif Kad Prihatin Siswa ini adalah untuk:
Ø memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matriks pelajar;
Ø memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan kewangan terus kepada akaun pelajar;
Ø transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus; dan
Ø menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/keistimewaan/ganjaran/promosi kepada pelajar.
 
Diharap program yang akan dilaksanakan selama empat (4) hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 16/01/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcVAS~