PEGAWAI RISDA SARAWAK, GENGGAM MASTER WALAUPUN HIDAP SARAF TULANG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PEGAWAI RISDA SARAWAK, GENGGAM MASTER WALAUPUN HIDAP SARAF TULANG

PEGAWAI RISDA SARAWAK, GENGGAM MASTER WALAUPUN HIDAP SARAF TULANG

BINTULU, 1 Nov - Pegawai Pertanian Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak, Ira Carlbrenie Simol, 40 berjaya menggenggam Master Pengurusan Hutan dalam Majlis Konvokesyen ke-46 sidang satu di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) di sini, hari ini.
 
Beliau yang menghidapi masalah saraf tulang kaki kiri dan kanan berjaya menempuh cabaran selama enam tahun menjadi pelajar dan bekerja untuk meraih skrol Masternya dengan penuh kegembiraan.
 
"Beberapa bulan terakhir sebelum penghantaran tesis selepas peperiksaan viva saya dimasukan ke hospital dan perlu menjalani pemeriksaan serta rawatan susulan setiap minggu kerana masalah saraf tulang.
 
"Saya akui saya hampir mengalah dan berasa tertekan dengan situasi diri saya,“ kata ibu kepada tiga orang anak yang berusia dua hingga sembilan tahun ini.
 
Anak kelahiran Penampang, Sabah ini percaya pengorbanan masa dan tenaga adalah lumrah yang tidak asing bagi seorang pelajar.
 
"Berkat sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga, ibu bapa, suami serta penyelia saya terutamanya, Prof. Madya Dr. Ong Kian Huat serta Prof. Madya Dr John Keen Chubo yang banyak membantu sehingga berada pada tahap ini enggan saya sia-siakan.
 
"Hari ini, saya sangat bangga dengan diri saya apabila saya berjaya genggam sendiri skrol Master di Dewan Sri Kenyalang ini," katanya. - UPM
 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUMAt~