Naib Canselor Rasmi Bulan KKP UPM 2015 Di UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Naib Canselor rasmi Bulan KKP UPM 2015 di UPMKB

Naib Canselor rasmi Bulan KKP UPM 2015 di UPMKB

Gambar 1


NAIB CANSELOR RASMI BULAN KKP UPM 2015 DI UPMKB

Bintulu – Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) UPM 2015 pada kali ini mengukir sejarahnya sendiri apabila pelaksanaan aktiviti diadakan serentak di UPM Serdang dan  Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bermula 07 – 27 April 2015. Ia juga julung kali diadakan majlis perasmian Program Bulan KKP UPM di UPMKB. Perasmian ini juga dibuat secara lintas langsung ke UPM Serdang dan majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan. Pada majlis perasmian tersebut, ia turut dihadiri ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, wakil kesatuan dan persatuan di UPM serta warga staf UPMKB.

Menyentuh tentang bulan KKP tahun ini, Prof. Dato’ Dr. Fauzi dalam teks ucapan beliau telah menyeru agar semua warga universiti dapat bersama-sama untuk membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kerja harian dan kehidupan. Ini adalah bersesuaian dengan tema sambutan bulan KKP tahun ini iaitu “Bersama Membina Budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”. Tambah beliau lagi bahawa keselamatan dan kesihatan adalah asas penting bagi kita semua dan jika perkara ini diabaikan maka ia akan membawa kemalangan dan kerosakan diri serta harta benda, malah yang mendukacitakan lagi adalah boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Majlis perasmian juga turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah pertandingan rekacipta dari bahan kitar semula dan terpakai antara jabatan-jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Juri pertandingan telah menobatkan kumpulan “Kreatif Development” dari Bahagian Pembangunan dengan tajuk ciptaan “Deco multi function lamp” sebagai juara kali ini. Diikuti tempat kedua oleh kumpulan “Daebak Inovasi” dari Bahagian Pentadbiran dan tempat ketiga kumpulan “Mangium” dari Jabatan Sains Perhutanan.


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6


Gambar 7


Tarikh Input: | Kemaskini: | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdTAx~