MURID CILIK SK BERADEK, KUCHING TERUJA SERTAI RAGBI 7S | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MURID CILIK SK BERADEK, KUCHING TERUJA SERTAI RAGBI 7S

MURID CILIK SK BERADEK, KUCHING TERUJA SERTAI RAGBI 7S

#UPMKBMansang

BINTULU, 29 Oktober- 15 orang murid Sekolah Kebangsaan Beradek, Kuching yang berusia antara sembilan tahun hingga 12 tahun merasa teruja dan bersemangat untuk menyertai pertandingan ragbi 7s kategori lelaki bawah 12 tahun yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Perlawanan ragbi 7s kategori lelaki bawah 12 tahun dijadulkan bermula esok dan sebanyak sembilan pasukan menyertai kategori ini.

Penolong Kanan Kokurikulum SK Beradek, Kuching, Shahrizal Shaharudin berkata pasukan anak muridnya bersemangat apabila melihat perlawanan ragbi 7s antara sekolah menengah dan universiti hari ini.

"Saya bawa awal murid-murid ke padang hari ini untuk memberi pendedahan dan pembelajaran kepada mereka untuk melihat pelajar sekolah menengah dan universiti bermain ragbi dan murid-murid ini sangat seronok.

"Kami lihat iklan pertandingan ragbi UPMKB ini pada bulan September yang lepas jadi pada ketika itu juga kami sudah mencari peserta dan membentuk kumpulan ini," katanya.

Tambahnya lagi, kumpulan ini juga hampir tidak menyertai pertandingan ini namun disebabkan sokongan daripad guru-guru sekolah dan PIBG akhirnya mereka di sini hari ini.

"Mereka juga berasa seronok dan gembira apabila berjaya sampai di Bintulu. Perjalanan kami daripada Kuching ke Bintulu menaiki van dan mengambil masa kira-kira 10 jam," katanya.

Selamat maju jaya adik-adik Sekolah Kebangsaan Beradek Kuching!

Tarikh Input: 03/11/2022 | Kemaskini: 04/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZSAs~