MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sarawak 2019 diadakan pada 23 Mac ini di Dewan Seri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, sejak diperkenalkan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB) pada 1971, Sarawak adalah yang pertama di Malaysia meraikannya pada 1974. Sambutan kali i ni merupakan sambutan ke-45 di negeri Sarawak.

Majlis sambutan akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II serta Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Tema sambutan tahun ini adalah ‘ Hutan dan Pendidikan’ yang dilihat amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan yang menginginkan pembangunan di negeri ini terutamanya di kawasan bandar diselarikan dengan pengurusan hutan yang mampan.

Hutan yang terpelihara dengan baik mampu memastikan ekosistem alam berfungsi dengan sempurna seperti pembebasan gas oksigen yang mencukupi untuk mengimbangi pembebasan gas karbon dioksida yang disebabkan oleh aktiviti manusia.

Di samping itu, ia mampu mengurangkan kejadian bencana alam seperti banjir besar dan tanah runtuh, selain membekalkan sumber air yang bersih untuk keperluan seharian.

Seramai 600 orang yang hadir, antaranya, ketua jabatan kerajaan dan swasta, para pemimpin masyarakat, guru- guru serta pelajarpelajar sekolah.

Bagi memeriahkan sambutan, banyak aktiviti telah dan akan dilaksanakan seperti aktiviti penanaman pokok di sekitar bandar Bintulu hasil usaha sama Jabatan Hutan Sarawak dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, pelancaran buku, pameran oleh agensi perhutanan, pemeriksaan kesihatan dan sukan.
















Tarikh Input: 25/03/2019 | Kemaskini: 28/03/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUPA7~