MAJLIS PERASMIAN KLINIK VETERINAR UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS PERASMIAN KLINIK VETERINAR UPMKB

MAJLIS PERASMIAN KLINIK VETERINAR UPMKB

Haiwan kesayangan anda sakit?
 
Juh, warga Bintulu! Sama-sama kita menjaga kesihatan pusak, asuk dan haiwan peliharaan kitak orang.
 
Buat julung kalinya, Klinik Veterinar UPMKB secara rasminya telah beroperasi! Majlis perasmian dan doa selamat telah berlangsung sebentar tadi (Selasa, 25 Oktober 2022). Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), bersama Yang Berusaha Dr. Zamri bin Rosli, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB dan barisan Pengurusan Kampus dan Fakulti berserta Ahli Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan dan pelajar-pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (DKHP).
 
Pelbagai jenis perkhidmatan akan disediakan oleh Klinik Veterinar UPMKB. Oleh itu, temui kami dari Isnin sehingga Jumaat, pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Jika anda berminat dan ingin ajukan sebarang bertanyaan, boleh membuat temu janji pada nombor telefon berikut +6010-4297890.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 03/11/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaEAR~