MAJLIS PECAH TANAH TAPAK PROJEK PERTANIAN (FERTIGASI) DAN PERASMIAN RH. JUNGAN ANAK MITOH YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO’ SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS PECAH TANAH TAPAK PROJEK PERTANIAN (FERTIGASI) DAN PERASMIAN RH. JUNGAN ANAK MITOH YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO’ SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU

MAJLIS PECAH TANAH TAPAK PROJEK PERTANIAN (FERTIGASI) DAN PERASMIAN RH. JUNGAN ANAK MITOH YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO’ SERI TIONG KING SING, AHLI PARLIMEN P217 BINTULU

Sekitar Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Pertanian (Fertigasi) dan Perasmian Rh. Jungan Anak Mitoh yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli PArlimen P217 Bintulu pada 15 Oktober 2022.

Majlis tersebut adalah merupakan sebahagian pengisian bagi Program Pertanian Angkat Zon Borneo anjuran Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan libatsama komuniti Rumah Jungan Bintulu dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM.

Program Program Pertanian Angkat Zon Borneo berlangsung selama enam bulan (6) secara berfasa mulai pada bulan Jun 2022 sehingga Disember 2022. Ia adalah sebagai platform berkongsi maklumat bersama komuniti untuk mempromosikan kepakaran UPM bagi meningkatkan imej UPM terutama dalam bidang pertanian dan hasilan pertanian. Terdapat empat (4) projek yang dilaksanakan serta melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat dan peringkat umur iaitu Pertanian Secara Fertigasi, Pendidikan Dan Sahsiah, Keusahawanan dan Perkembangan Kanak-Kanak.

Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Seri Tiong King Sing telah meluluskan dana sebanyak RM100,000 kepada UPMKB untuk melaksanakan Program Pembangunan Kemahiran Pertanian Komuniti di Perkampungan Rumah Jungan, Bintulu, Sarawak.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini; Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Loh Teck Chwen; Pengarah UCTC UPM, para pensyarah dan pegawai serta pelajar yang telibat.

#UPMKBMansang
#UniversityForSociety
#WithKnowledgeWeServe
#UPMKB

 

Tarikh Input: 19/10/2022 | Kemaskini: 19/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETVA0~