MAJLIS MESRA ALUMNI UPM CHAPTER BORNEO | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS MESRA ALUMNI UPM CHAPTER BORNEO

MAJLIS MESRA ALUMNI UPM CHAPTER BORNEO

Pusat Perhubungan Alumni UPM dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan Majlis Mesra Alumni UPM Chapter Borneo bertempat di Dewan Sidang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bersama-sama dengan barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti, pihak pengurusan UPMKB dan 50 orang alumni UPM terdiri daripada Chapter Alumni UPMKB, Chapter Alumni UPM Kampus Semenggok, Alumni UPM Sabah dan Alumni UPM Sarawak.

Majlis yang diadakan bertujuan untuk memperkasakan semula jalinan hubungan antara alumni UPM Borneo dengan pihak pengurusan universiti dan Pusat Perhubungan Alumni UPM agar penglibatan alumni UPM secara menyeluruh demi kelangsungan universiti dapat dilibatsamakan.

Semoga majlis rintis ini akan dianjurkan dengan lebih besar pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 07/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUAAu~