MAJLIS APRESIASI DAN ALUMNI FSPH UPMKB BERLANGSUNG MERIAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS APRESIASI DAN ALUMNI FSPH UPMKB BERLANGSUNG MERIAH

MAJLIS APRESIASI DAN ALUMNI FSPH UPMKB BERLANGSUNG MERIAH


(Untuk album kakitangan dan Pengurusan FSPH UPMKB dan tetamu kehormat yang hadir merakam gambar kenangan)


Majlis Apresiasi dan Alumni Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) 2022 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) diadakan dengan penuh meriah dan jayanya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat.

Hadir sama Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd Zainal Abidin Abdullah yang juga penaja bersama majlis.

Ripin menyatakan penghargaan dan harapan agar warga fakulti tersebut akan terus mengekalkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

“Fungsi fakulti sebagai entiti akademik yang memacu pendidikan anak bangsa didukung oleh warga staf fakulti sebagai tulang belakang dalam pembangunan modal insan berguna,” katanya.

Pada masa yang sama Dekan FSPH Dr Zamri Rosli turut menzahirkan penghargaan kepada warga staf fakulti yang telah memberikan pencapaian cemerlang dan komitmen yang jitu sepanjang perkhidmatan di fakulti tersebut.

 

Tarikh Input: 16/03/2023 | Kemaskini: 17/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdAAf~