LOOK-EAST MOBILITY PROGRAM UPM & KYUTECH JAPAN. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LOOK-EAST MOBILITY PROGRAM UPM & KYUTECH JAPAN.

LOOK-EAST MOBILITY PROGRAM UPM & KYUTECH JAPAN.

Seramai 20 orang pelajar UPM Serdang (Kolej Pendeta Za’ba) dan UPM Kampus Bintulu Sarawak (Kolej Sri Rajang) telah mengikuti Look-East Mobility Program bermula pada 1 - 15 Sept 2019 di Kyushu Institute of Technology, Japan. Peneraju utama program Dasar Pandang ke Timur (Jepun) UPM ialah Prof. Madya Dr. Arifin Abdu, Pengetua KPZ, UPM sejak tahun 2009.

Program ini memberi pendedahan awal tentang menepati waktu, dedikasi, disiplin, bersih dan menghormati orang tua dapat mendidik pelajar untuk mencerap budaya masyarakat jepun menjadi amalan hidup seharian. Jepun terkenal dengan etika kerja dan kerajinan, hal ini sesuai untuk mendokong usaha kerajaan dalam Dasar Pandang ke Timur yang telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 8 Feb 1982. Beliau telah menekankan akan meneliti keseluruhan sistem pendidikan Jepun bermula dari tadika sehingga peringkat universiti. Sehubungan dengan itu UPM menjadikan pendekatan melaksanakan program mobiliti pelajar seumpama ini dapat memberi peluang pelajar merasai sendiri pengalaman tersebut dengan menghantar pelajar ke beberapa buah universiti terkenal di Jepun setiap tahun.

Sepanjang program pelajar berpeluang untuk mengikuti aktiviti seperti bengkel Sustainable Development Goals, Japanese Class, Robotic For Humanity dan Robot Programming and AI Technology. Disamping itu pelajar juga dapat peluang untuk mengikuti lawatan ke kilang-kilang terkenal seperti Sinmoji Waste Management Center, Kitakyushu Eco Town Center, Shabondama Soap, Co. Ltd, dan Yasikawa Electric Corporation Nakama.

Rosidah Basir
Pegawai Perantara Perhubungan(PPP)
Look-East Mobility Program
UPM-Kyutech Japan
1-15 Sept 2019

#WeLoveUPM

















Tarikh Input: 05/09/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaGAX~