LAWATAN UPMKB KE STESEN MARDI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN UPMKB KE STESEN MARDI BINTULU

LAWATAN UPMKB KE STESEN MARDI BINTULU

Pada 8 November 2022 (Selasa), Stesen MARDI, Bintulu telah menerima Lawatan daripada Institut EkoSains Borneo, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).
 
Seramai 9 orang Pegawai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Institut Ekosains Borneo, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Prof. Dr. Patricia King Jie Hung telah menghadiri lawatan tersebut. Turut hadir bersama adalah En. Abu Bakar Azman Abdul Hamid, Pengurus Stesen MARDI, Bintulu.
 
Objektif lawatan adalah untuk memperkenalkan Institut EkoSains Borneo, UPMKB serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan di antara UPM dan Stesen MARDI Bintulu.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 09/11/2022 | Kemaskini: 09/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXRAq~