LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN (SEMESTER 4), UPMKB KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN (SEMESTER 4), UPMKB KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN (SEMESTER 4), UPMKB KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

Pada 26 Oktober 2022 (Rabu), Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada para pelajar Semester 4 Diploma Perikanan (DPI), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Seramai 33 orang pelajar bersama dengan 2 orang pensyarah diberi taklimat berkenaan operasi Pelabuhan oleh Pengurus Operasi, Encik Mohd Yokshikatriezan Abeng di Auditorium Menara Kidurong LPB. Lawatan di Menara Kidurong diakhiri di Galeri LPB dan Anjung Tinjau.

Kemudian, lawatan diteruskan ke Bahagian Perkhidmatan Marin (Marine Services Division), Bintu Port Sdn Bhd (BPSB) supaya para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas lagi operasi marin yang dilakukan di pelabuhan. Taklimat operasi marin yang lebih tertumpu kepada operasi pemanduan telah disampaikan oleh Kapten Elfian dan Kapten Herman. Pada akhir lawatan, para pelajar dan pensyarah diberikan “port tour” dimana mereka diberi peluang untuk meninjau kemudahan di terminal pelabuhan di laut dengan menaiki bot tunda.

Tarikh Input: 07/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdGAO~