LAWATAN RASMI NAIB CANSELOR UPM BERSAMA LPU KE UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN RASMI NAIB CANSELOR UPM BERSAMA LPU KE UPMKB

LAWATAN RASMI NAIB CANSELOR UPM BERSAMA LPU KE UPMKB

BINTULU, 22 Mac - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman mengiringi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UPM ke UPMKB sempena lawatan rasmi beliau bermula 21 hingga 22 Mac ini.
 
Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata lawatan itu bagi memperkukuhkan halatuju universiti dalam memacu kecemerlangan UPM serta memberi pengenalan mengenai UPMKB kepada Pengerusi LPU yang telah dilantik pada 7 Februari 2023.
 
“Ini secara langsung memberi ruang serta perspektif LPU dalam memantapkan strategi untuk universiti lebih gemilang serta untuk menjadikan UPM sebuah Menara Ilmu yang disegani dan diyakini di persada dunia,” katanya.
 
Dalam lawatan kerja itu, Pengerusi LPU telah menerima pembentangan oleh Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini bersama Ahli Pengurusan UPMKB.
 
Selain itu, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim turut menyampaikan pembentangannya iaitu ‘Pembudayaan Bakat Akademik’ serta berkongsikan pandangan beliau berkaitan bidang akademik serta hala tuju universiti semasa sesi Ramah Mesra Pengerusi LPU bersama staf UPMKB.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari.
 
 
 

 
 
 

 

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUBAi~