LAWATAN KERJA KETUA MENTERI SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN KERJA KETUA MENTERI SARAWAK

LAWATAN KERJA KETUA MENTERI SARAWAK

10 Disember 2021 - berlangsungnya Lawatan Kerja Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ke UPM Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Turut hadir Pengerusi LPU UPM, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullai, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman di sini.

30 tahun yang lalu, YAB. Datuk Patinggi telah menanam pokok spesis Belian (Eusideroxylon Zwageri) sebagai simbolik penanaman pokok di tapak Projek Pemuliharaan Hutan ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak pada 15 Julai 1991.

Hari ini, YAB Datuk Patinggi bersama Pengerusi LPU dan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia menanam lagi pokok spesis yang sama sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Selain itu, beliau turut berkunjung ke Mini Pameran UPMKB di Dewan Sidang serta menandatangani plak Lawatan Kerja ke UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Beliau turut mendengar Taklimat ‘UPMKB For Sarawak’ oleh Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini.

UPM telah menyampaikan bingkai gambar kenangan YAB Ketua Menteri Sarawak ketika menanam pokok belian 30 tahun lalu dan juga perkongsian Buku Pelan Strategik UPM 2021-2025.

 

 

Tarikh Input: 13/12/2021 | Kemaskini: 27/04/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYGAq~