LAWATAN AKADEMIK BAGI KURSUS PERHUTANAN ANTARABANGSA DAN SERANTAU (FS30303), PELAJAR FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (FPT), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN AKADEMIK BAGI KURSUS PERHUTANAN ANTARABANGSA DAN SERANTAU (FS30303), PELAJAR FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (FPT), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

LAWATAN AKADEMIK BAGI KURSUS PERHUTANAN ANTARABANGSA DAN SERANTAU (FS30303), PELAJAR FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (FPT), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Para pelajar daripada Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan lawatan akademik bagi Kursus Perhutanan Antarabangsa dan Serantau (FS30303) pada 8 Disember 2022 (Khamis).

Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar mengenai teori yang telah dipelajari dalam kuliah dan seterusnya mempraktikkan kemahiran atau praktikal dalam sistem pengurusan yang dijalankan di Institut EkoSains Borneo (IEB).  Selain itu, pelajar dapat meninjau dengan lebih dekat kawasan hutan asli serta didedahkan dengan kaedah menganalisis data dan pengurusan hutan secara lestari.  Bukan itu sahaja, malah pelajar juga dapat melihat dengan lebih dekat kemudahan-kemudahan prasarana yang sedia ada serta teknik pengurusan yang digunakan di UPMKB.

Diharapkan hasil daripada perkongsian ini akan menarik minat pelajar UMS untuk melanjutkan pengajian dan seterusnya memilih Penyelidik Bersekutu IEB sebagai penyelia dan Pegawai Penyelidik IEB sebagai penyelia bersama di UPMKB.

Turut meraikan delegasi daripada UMS adalah Dr. Latifah Omar (Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo IEB), Dr. Tunung Robin (Ketua Laboratori Etnik Borneo IEB), Dr. Keeren Sundara Rajoo (Pensyarah Kanan/Penyelidik Bersekutu IEB) dan Dr. Mugunthan Perumal (Pegawai Penyelidik Kanan IEB).

Delegasi UMS diketuai oleh Encik Musri Ismenyah (Penyelaras/Pensyarah Kursus), Puan Hardawati Yahya (Pensyarah Kursus), Encik Erwa Silin (Pembantu Makmal) dan seramai 26 orang pelajar Fakulti Perhutanan Tropika (FPT).

Institut EkoSains Borneo amat mengalu-alukan kedatangan delegasi Universiti Malaysia Sabah dan berharap kerjasama ini mencapai objektif dan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tarikh Input: 13/12/2022 | Kemaskini: 13/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdKAC~