KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN PUYUH DAN PEMPROSESAN KOMPOS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN PUYUH DAN PEMPROSESAN KOMPOS

KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN PUYUH DAN PEMPROSESAN KOMPOS

Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Teknikal Penternakan Puyuh Dan Pemprosesan Kompos pada 6 Ogos 2022 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus tersebut telah dijalankan di Pejabat Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) dan Unit Penetasan Unggas (Praktikal) bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
 
Kursus ini telah dihadiri oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada Pesara Kerajaan, Pensyarah daripada IPTA tempatan, kakitangan Petronas Carigali, suri rumah serta bekerja sendiri meliputi pelbagai daerah seperti Bintulu, Miri, Sibu, Sarikei, Lubok Antu, Mukah, Kanowit, Kuching serta peserta dari Sabah.
 
Menurut pengerusi penganjur kursus merangkap penceramah kursus, Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna iaitu Pegawai Pertanian Kanan Pusat Pertanian Putra UPMKB, di antara pengisian Kursus Teknikal Penternakan Puyuh dan Pemprosesan Kompos ini adalah teori berkaitan penternakan puyuh secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan dan pengurusan ternakan puyuh, pemakanan, pengurusan kesihatan puyuh, mengetahui berkaitan pengurusan anak puyuh selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan pemberian makanan).
 
Disamping itu, sesi praktikal / amali telah dikendalikan oleh Dr. Latifah Omar (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan yang juga merupakan Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo, Institut Ekosains Borneo UPMKB). Peserta telah didedahkan mengenai teknik pemilihan telur puyuh untuk tujuan pengeraman dan penetasan, pendedahan teknik pembuatan/penghasilan inkubator secara manual dan kecil-kecilan serta praktikal pembuatan kompos melalui bahan sarap puyuh. Sesi amali ini telah dibantu oleh staff Pusat Pertanian Putra UPMKB iaitu Puan Norbaya Che Rus dan En. Yusri Drahman.
 
Caption:
Pihak penganjur berasa teruja kerana walaupun terdapat kekangan di kalangan peserta untuk menghadirkan diri ke UPMKB disebabkan masalah cuaca yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan, peserta sanggup mencari ikhtiar menggunakan jalan alternatif supaya tidak terlepas peluang untuk hadir ke kursus ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcVA5~